This blog is own personally by DayDreamer's Que3n.All content of this blog are copyrighted to the author. To contact author, please click on CBox. tq. Enjoy reading DayDramer's blogsite.

GoSSips Folks

Friday, October 22, 2010

Kisah Cinta Yang Sejati.....


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si suami bertanya kepada si isteri. Ini dialog mereka

Suami : Mengapa mama menyukai papa? Mengapa mama cintakan papa?

Isteri : Mama tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu mama memang menyayangi dan mencintai Papa!

Suami : Mama tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana Mama boleh katakan Mama sayang dan cintakan Papa sedangkan Mama tidak boleh menerangkannya.

Isteri : Betul! Mama tak tahu sebabnya tetapi Mama boleh buktikan bahawa Mama memang cintakan Papa!

Suami : Tak boleh beri bukti! Tidak! Papa hendak Mama terangkan kepada Papa sebabnya. Orang yang lain yang mempunyai isteri dan teman wanita, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu Mama tidak boleh terangkan sebabnya.

Si isteri menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Mama mencintai Papa sebab wajah Papa, pandangan mata Papa, penyayang dan mengingati mama selalu. Mama juga sukakan gelak tawamu dan setiap tapak Papa melangkah, di situlah cinta Mama bersama Papa!”

Si suami tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan isterinya. Namun begitu selang beberapa hari si suami mengalami kemalangan dan koma. Si isteri amat bersedih lalu berkata kepada suaminya walaupun suaminya masih dalam keadaan koma kerana si isteri tahu bahawa suaminya tetap mendengar,

“Papa! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si suami yang masih dalam keadaan koma itu….. 


XOXO!

1 comment:

  1. terharunya...
    :(
    love u so much my princess..

    ReplyDelete