This blog is own personally by DayDreamer's Que3n.All content of this blog are copyrighted to the author. To contact author, please click on CBox. tq. Enjoy reading DayDramer's blogsite.

GoSSips Folks

Saturday, March 24, 2012

Pemikiran Sejagat


Manusia pernah buat silap dari kesilapan itu juga mereka belajar untuk berubah. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna tidak pernah melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Semua manusia pernah jatuh dan bangun semula. Kenapa menghukum seseorang dari kisah silamnya atau dari kesilapannya yang dulu sehingga tidak sama sekali menerima segala perubahan yang telah dibuat. Jadi dek kerana itulah masyarakat kita takkan pernah maju dan bangun sentiasa berperangsangka dan sentiasa tidak mahu menerima sesuatu perubahan tidak kira pada persekitaran mahupun pada manusia. Dek sebab itu jugala yang masuk penjara akan terus masuk penjara yang masuk pusat serenti akan tetap masuk pusat serenti dan yang masuk wad psikatri akan terus berada disitu. Kerana pemikiran masayarakat kita sendiri yang tidak sihat. Kenapa sebab kita diasuh sedemikian rupa. Contohnya dari kecil kita ditanam. Orang masuk penjara itu jahat, jadi macam mana yang teranaya yang jadi mangsa keadaan. Kalo kena pada keluarga kita, masihkah kita akan berkata demikian juga. Begitulah setuasi sekarang ini, jika anak sendiri nanti bila berjumpa dengan orang yang mereka cintai yang boleh membimbing dan dibimbing, yang sanggup untuk susah senang bersama. Namum keluarga kekasih mereka tidak dapat menerima anak kita itu atas berbagai alasan yang kadang kala tidak munasabah. Ya betul, biarkan saja kerna pasangan hidup itu boleh diganti. Tapi jangan tidakkan bila jauh disudut lubuk hati itu teselit kekecewaan dan pertanyaan mengapa. Sedangkan segala yang terbaik sudah di cuba diberikan. Namun tanpa mengenali ataupun ingin mengetahui anak kita terus ditolak ketepi. Pasti akan terasa juga. Begitu juga dia. Diri ini insyaallah mampu berdiskusi dengan 10 orang ilmuan namun takan mampu untuk berhujah dengan seorang yang jahil. Ilmu yang ingin dihujah jangan dipandang dari satu sudut pandangan sahaja. Ilmu yang sebenar adalah ilmu yang digabungan dari semua sudut pandangan, ilmu akhirat dan dunia harus digabungkan bersama. Dunia dulu dan sekarang berlainan. jadi janganlah disamakan untuk diertikan dalam penghujahan. Bila berhujah pula jangan berhujah berdasarkan dari sebelah pandangan sahaja tapi letakkanlah diri dalam dua belah pandangan. Jadi bila ingin berhujah sesuatu. Mampukah untuk aku berhujah. Ingatlah dunia sekarang dengan dulu tidak sama sekali boleh disama ertikan. Kalo dulu kita boleh melilai seseorang dari rupa paras, keturunan dari luar tanpa perlu mengenali boleh menilai. Tapi sekarang tidak, sedangkan yang bertudung labuh mengadungkan anak luar nikah, sedangkan yang tidak berjilbab masih ada kehormatanya, sedangakan yang siang malam mengaji quran masih melalukan zina kecil (bercakap telefon, video call berduaan, melafazkan kata cinta duniawi), sedangkan seorang adam kalo dinilai luaran seperti lelaki liar namun masih mampu hijrah jiwanya mendekatkan diri padaNYA biarpun luaran masih sedemikian rupa. Islam itu mudah, kerana terletak pada jiwa bukan pada luarannya. Bila letak pada luarannya maka hancurlah moral, bangsa dan agama itu sendiri. Jadi pikirkanlah, jangan menilai sesuatu atau seseorang dari luaran terus tanpa mengenalinya. Dan jangan terus menghukum sesuatu atau seseorang atas kesilapannya terdahulu. Sedangkan hukum meletakkan murtad itu tidak ada pada seseorang manusia hanya Allah yang menentukan. Kerana Allah itu lebih mengetahui. Lalu jangan sesekali menghukum seseorang atau meletakkan kesalahan penilaian kita itu pada seseorang yang lain.

No comments:

Post a Comment